Roi’ Club proudly announces  the club has received the unofficial registration of two new members recently. A warm welcome to Mr Nordin and Ms Julia as the latest members of the club.The brief biodata of these two new members will be published on this blog soon.We hope to cooperate with both of them as soon as they officially join the club.The Club has remained stagnant without any activities for the past few months and some suggestions of the club disbandment were heavily discussed among group members. Despite of some critics over the  poor management in planning new activities,the club still get  strong support from the existing members. Mr Azlinor,The club president has urged all the club members to reunite and he has also promised some challenging activities in the near future.At the moment,Roi’ Club has been working hard to regain support from the club members who are working outside Kemaman. One of the main purpose of this blog is to get any feedback from all members,you can write any comments,suggestions,opinions etc.

Roi’ Club memerlukan sokongan semua ahli untuk terus bangkit agar kelab yang pernah menjadi kebanggaan ini kembali bernafas. Semua ahli  Roi’ sama ada masih berada di Kemaman, atau yang berada di Dungun,Besut, Kuala Terengganu, Perak, atau di mana saja di harap dapat memberikan kembali ” semangat Roi’ ” yang telah kita sama-sama bangunkan. Saya percaya Roi’ masih lagi mempunyai kekuatan dan auranya. Cuma kebelakangan ini tidak dapat saya nafikan Roi’ mengalami sedikit kemerosotan, namun begitu Roi’ masih wujud. Pihak kelab memerlukan sokongan terutama pandangan yang membina bagi mengembalikan kehebatan kelab yang pernah kita wakili  sehingga ke hari ini. Walaupun ada segelintir ahli yang seoalah-olah ‘berputus asa’ dengan kelab, namun diharapkan mereka tidaklah membenci atau meninggalkan terus kelab yang telah sekian lama kita bina ini. Khidmat anda masih diperlukan ‘ dan amat mengalu-alukan sebarang idea dan pandangan bagi memajukan kembali kelab ini. Pihak pengurusan kelab percaya mereka yang pernah menjadi ahli Roi’ masih lagi mengikuti perkembangan kelab ini terutama rakan-rakan ahli yang lain walaupun ketiadaan aktiviti sejak akhir-akhir ini. Sekian…Roi’ Untuk Semua.

Kelab Roi’ mengalami sedikit masaalah kekurangan ahli dan juga aktiviti sejak kebelakangan ini.Kelab yang pada awalnya merupakan kelab bolasepak yang diasaskan oleh En. Azlinor bergerak aktif pada peringkat awal,tetapi malangnya sejak kebelakangan ini kelab ini langsung tidak aktif dalam apa apa jua permainan bolasepak. Malahan idea untuk mempelbagaikan aktiviti kelab juga dilihat sekadar melepaskan batuk di tangga.Sebilangan ahli masih lagi berkeyakinan untuk mengembalikan semangat kelab walaupun ada suara suara yang ingin melihat Roi’ dibubarkan sahaja.Kami ingin menilai dari respons anda.Terima Kasih.

Selamat datang ke blog Roi ‘ Club…..Kelab yang memberikan anda kehidupan sosial merangkumi sukan dan permainan ( bola sepak, badminton, ping pong, dan futsal ) , beriadah ( aktiviti berkehemah, memancing dll ) dan pelbagai lagi kegiatan aktiviti sosial yang berfaedah untuk para ahlinya.

Blog Roi’ ini dibina bertujuan untuk memberi ruang kepada ahli-ahli Roi’ yang berdaftar berkongsi idea dan pengalaman bagi memantapkan lagi kelab yang ditubuhkan pada awal 2006. Dalam usia yang mencecah hampir 3 tahun penubuhan, kelab ini mempunyai hampir 30 keahlian di mana ahlinya kini masih lagi aktif dan mengikuti perkembangan kelab.

Kewujudan blog ini juga diharapkan bakal menjadi satu medan (platform) bagi menyampaikan sebarang info atau maklumat terkini berkaitan aktiviti atau program yang bakal dijalankan kepada semua ahli Roi” . Di samping itu juga ahli kelab dapat bertukar-tukar pandangan dan pengalaman melalui blog ini.

Memandangkan blog ini masih diperingkat permulaan, pihak editor memohon sebarang komen dan idea bagi memantapkan lagi blog ini agar ” kehadiran ” blog ini menjadi penyambung kepada warisan perjuangan Roi’ sejajar dengan matlamat penubuhannya.

roi